Assalamualaikum wbt ^_^

"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (13:28)

Wednesday, April 27, 2011

hAti Menginginkannya..^__^

assalamualaikum wbt....

ucapan salam yg kuhulur buat yang menatap nukilan-nukilan yang bakal kucoret di sini..
bukanlah saya tidak biasa menulis..namun biasanya tulisan itu adalah untuk diri saya sahaja..
biasanya, yang saya tulis adalah perasaan saya sahaja..namun kali ini saya ingin cuba untuk menulis untuk mengisi ruang jiwa saya kepada Allah..
mungkin ada yang tertanya, bagaimana tu?
begini, kita selalu menulis, dan tujuan kita menulis itu pelbagai bukan?
ada yang menulis kerana ingin menyampaikan berita buat family yang berjauhan, mungkin ada juga yang menulis kerana ingin berkongsi dengan teman-teman apa yang dirasa...
mungkin juga ada juga yang  menulis kerana tulisannya semacam menjadi satu addiction pada pembaca2..lantas, penulis mencari pelbagai idea untuk menulis..
tapi saya, apa yang saya cari dengan menulis ni?
apa yang saya dapat?
populariti?
komen?
traffic yang berderet?
sorry, buat masa sekarang saya tidak berminat dengan itu semua..
insyaAllah, jika Allah pelihara lagi, saya tidak mahu rasa yang sebegitu..

saya hanya menulis untuk diri saya sahaja..
supaya apa yang saya tahu lebih berkesan di hati saya.
supaya apa yang saya ketemu sepanjang detik-detik hidup saya ini, tidak terbang di angin lalu..
saya mahu ia terkesan di jiwa saya.lantas, yg terkesan itu akan membentuk diri saya: muslimah yang merindu wangi syurgaNya...yang merasa basah dengan cinta Allah, yang rindu untuk bertemu dengan yang telah lama menyerah jiwa mereka demi agama yang mengankat darjat manusia ini..

doakan saya supaya terus kuat.
semoga hati kita terus merindu pada kasih Allah ^_____^