Assalamualaikum wbt ^_^

"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (13:28)

Sunday, April 27, 2014

Syair Imam Ahmad Hanbal

Jika Tuhanku bertanya padaku
"Tidak malukah kau bermaksiat padaKu?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
Dan datang padaKu dengan penuh dosa"

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
Dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
Dan apa yang akan berlakus selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri..
Nah! Siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah...
Apakah ada di antara mereka yang akan menebusku?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia
Untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab 
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakanya aku! 
Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tidak mendengar apa yang telah diberitakan 
Dalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?

Maka ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat..
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang Maha Luas PengampunanNya
Dan yang membimbingku pada kebenaran..

Aku telah datang pada Mu, maka kasihanilah aku
Dan beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankanlah ( percepatkanlah) hisabku
Kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban


Saturday, April 12, 2014

Makhluk Masa~ sungguh pantas kamu berlari..

1. Bukankah pernah datang kepada manusia dari masa, yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? ( al-Insan)
hadis qada' qadar ke empat dari 42 hadis imam nawawi...
Sungguh, Allah dan makhluk2 Nya yang ghaib hidup tanpa dimensi masa, sedang manusia merupakan makhluk yg hidup di dalam dimensi masa. Dan subhanallah, terkadang kita rasa masa itu sgt pantas, terkadang kita rasakan masa itu tersangat lambat..mengapa? Mungkin kerana masa itu adalah makhluk Allah jua, maka atas perintahNya lah kita merasakan masa itu cukup, masa itu lebih, masa itu sekejap, masa itu pantas. MasyaAllah, mmg Allah sahaja yang mampu menciptakan perasaan2 begitu buat kita..hanya melalui makhluk masa... Berada dalam dimensi masa ini membuat kita terfikir, tertanya2, dan menjadi saksi, betapa besarnya kekuasaan Allah dalam mengatur perjalan siang dan malam.. Bagaimana pula jika tanpa makhluk masa ini? Pasti lebih hebat dan lebih dahsyat aturannya, pasti lebih magikal suasana2nya.. Dan usah khuatir..mmg kita semua akan menghadapi saat2 dan suasana tanpa makhluk masa ini. Saat itu, kita akan terkaku beku, mungkin oleh nikmatnya balasan syurga Allah atau terbeku oleh azab yang menyelaputi diri kita dari segenap arah oleh keangkuhan kita dalam mengingkari suruhan2 Allah di pentas dunia. Semoga saat kita menghadapi dunia tanpa masa ialah saat indah di kelilingi nikmat2 Allah, dan bukannya azab2 Nya yang membuat menyesal sepanjang hayat yang tiada berakhir. allahu akbar, astaghfirullahal 'azim....