Assalamualaikum wbt ^_^

"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (13:28)

Sunday, April 27, 2014

Syair Imam Ahmad Hanbal

Jika Tuhanku bertanya padaku
"Tidak malukah kau bermaksiat padaKu?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
Dan datang padaKu dengan penuh dosa"

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
Dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
Dan apa yang akan berlakus selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri..
Nah! Siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah...
Apakah ada di antara mereka yang akan menebusku?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia
Untuk menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab 
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakanya aku! 
Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tidak mendengar apa yang telah diberitakan 
Dalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?

Maka ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat..
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang Maha Luas PengampunanNya
Dan yang membimbingku pada kebenaran..

Aku telah datang pada Mu, maka kasihanilah aku
Dan beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankanlah ( percepatkanlah) hisabku
Kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban


No comments:

Post a Comment