Assalamualaikum wbt ^_^

"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (13:28)

Monday, April 16, 2012

Di manakah bahagia?

sering aku tertanya, bahagia itu di mana?
adakah di saat aku meraih keputusan cemerlang peperiksaan dunia?
tidak juga, bahagia itu hanya sekejap..
tidak dapat bertahan walau sehari..

adakah bahagia itu di saat aku ketawa bersama rakan-rakan?
tidak juga. bahagia itu juga sekejap.
hilang tawa, aku kembali merasa kosongnya hatiku.
tambah kosong bila aku teringat tawa berlebihan itu mematikan hati.
aku sayang akan hatiku.
itu sahajalah aset untuk aku dekati tuhanku.

adakah bahagia itu di saat aku menyertai majlis keramaian?
tidak juga. bahkan aku sering merasa terasing di tengah keramaian.
aku tidak mampu mengukir senyum seikhlasnya dalam majlis sebegitu
lantaran aku teringat kisah Sa'id bin 'Amir al-Jumahy yang tidak mampu berada lama dalam majlis gembira lantaran teringat peristiwa pembunuhan Khubaib bin Adi.

sehingga kini, aku masih tidak dapat memastikan dengan tepat.
di manakah bahagia di dunia ini...
kerana sedang aku berbahagia bersama keluargaku yang damai,
ada keluarga yang tiada tempat bergantung.
ada keluarga yang ahlinya saban hari menjadi mangsa peluru regime zionis Israel di Palestine...
ada keluarga yang anak-anak kecilnya didera kejam, dibunuh oleh tangan-tangan tega regime Basyar al-assad di Syria..
lantas aku bertanya dalam diriku, bagaimana mungkin aku berbahagia sedang ada yang menderita hebat..
raungan mereka seakan tidak terdengar oleh masyarakat dunia...
rupanya aku hidup di bumi yang jiwa-jiwa penghuninya pentingkan diri sendiri...
hidup hanya berpaksikan aku..aku..aku dan aku...
adik-adikku yang saban hari mengalir air mata tabah..
sungguh aku kagumi jiwamu yang kental..

dan aku terus mahu memahami, bahagia apa yang aku mahukan..
dan aku mahu bahagia itu kekal..bukan yang senang hilang teruap oleh udara..
kerana inilah cebisan kata Dr. Yusuf al-Qardhaawi:

"Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, 
anda hidup untuk pemikiran yang benar dan kukuh
untuk akidah terbesar yang menyelesaikan, 
permasalah alam yang lampau
persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya
semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir
dari manakah aku datang?
ke manakah aku hendak pergi?
kenapakah aku dijadikan?
adakah aku hidup kembali?


lalu bersinarlah keyakinan dalam jiwa
terusir segala keraguan yang degil
terdidiklah pemikiran yang waras
terciptalah akhlak yang mulia
dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus
hidupmu akan dikurniakan nilai
oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina
supaya matamu memandang di segala ufuk
ke arah cita-cita yang tinggi
lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat
di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana'
kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
itulah asas, itulah tiang serinya
sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik dengan namaNya;
dialah orang yang berbahagia.."

No comments:

Post a Comment