Assalamualaikum wbt ^_^

"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (13:28)

Monday, May 14, 2012

PritttTT...Dan Perang Pun bermula!

Perang? Mendengarkannya menegakkan bulu roma. Mengingatkannya mengecutkan usus-usus yang ada. Tapi percaya tak, 2 hari lepas, saya telah berperang? Ye, perang di medan tempur. Dahsyat, sungguh dahsyat. Takut, sungguh takut. Kejam, sungguh kejam. Sekali tembak, terus mati.

Iya, saya akhirnya berpeluang untuk ber'paintball' setelah sekian lama asyik mendengar berita je kawan-kawan lelaki seronok menumpaskan lawan di medan paintball ni. Sempena tanggal hari Nakba pada hari ini (15 Mei, ulang tahun ke 64), AzamRussia (persatuan untuk pembinaan modal insan di Russia) telah menganjurkan Paintball.

Mulanya, saya agak keberatan untuk turut serta. Mana tidaknya, sejak akhir-akhir ini, saya cepat sekali penat. Cuba untuk tingkatkan stamina dengan ber'jogging' setiap kali berkesempatan, tapi setakat ini tidak menampakkan hasil lagi. Jadinya, saya bimbang saya akan 'pancit' awal-awal lagi. Tambahan pula, bayarannya agak mahal teheeee..(bukan kedekut, jimat ok :P)

Takdir Allah memang indah. Saya akur jua untuk ikut serta. Sementelah pula, target bilangan peserta masih tidak tercapai. Saya betulkan niat agar saya akan mendapat 'something' yang berguna dari paintball ini. Dan ya! Allah memang tak pernah mengecewakan saya :)

Tiba lebih kurang pkol 11 pagi di lokasi setelah melalui perjalanan selama sejam menggunakan van, kami dibawa untuk memakai pakaian celoreng askar sebagai pelindung. Baju tu pun takdelah tebal, cuma taknak bagi pakaian asal kita kotor je. Cuma bila nak masuk medan baru la dipakai body shield.

semua sibuk bergaya dengan pakaian celoreng :D

Setelah diberi taklimat ringkas, kami dibahagikan mengikut group dan trial untuk merasai bagaimana rasanya berada dalam battle sebelum kami betul-betul bertempur. Dan ya, saat merancang strategi tu penting. Terasa seperti kalau tak dirancang betul-betul, group kami bakal mati semuanya. Lagilah bila melangkah ke medan. Terasa seperti nyawa di hujung tanduk sahaja. Dan lebih-lebih lagi bila pertempuran bermula. Semacam musuh boleh datang dari mana-mana arah sahaja. Terasa semua yang bergerak itu musuh dan mahu sahaja ditembak semuanya. Oohhh..memang memerah adrenalin paintball ni!
Dssuupp..adoi. Mati. Kena Keluar. Dan semua ahli keluar. Dan semua orang sibuk bercerita bagaimana perasaan dan apa yang berlaku. Dan group yang menang diumumkan. Ha?

Erm, mulut kita riuh sekali tatkala menghadapi 'perang' itu. Siap yang 'mati' boleh bergelak ketawa mengenang aksi masing-masing. Namun sejenak, terkenang saudara kita di Palestine sana. Saban hari berperang tanpa senjata. Setiap hari, hanya lontaran batu menetang sniper kejam Israel. Berita kematian orang tersayang bagai boleh meledak bila-bila masa sahaja. oh! Berbezanya situasi kita dan mereka. Kita memilih untuk berperang sedang mereka tiada pilihan namun semangat mereka teguh. kukuh dan pasti!

Sememangnya, sesi muhasabah setelah paintball ini menyentap jiwa-jiwa kita. Ketakutan kita dalam medan paintball adalah ketakutan yang sementara, yang kita tahu akan berakhir dalam masa yang sekejap. Sedang ketakutan mereka adalah ketakutan yang tiada kata putus bila akan berakhir. Mereka menanti kita untuk bangkit sedar dan mempertahankan bumi Palestine bersama mereka.

Pastinya ramai yang tertanya, lantas, apa yang harus kita lakukan? selain derma dan derma? Kena pergi Palestine berperang sama kah? Kalau ditanya pada saya, tidak. Tak perlu pergi sana. Mereka berjuang di sana. Itu perjuangan mereka. Perjuangan kita adalah dari tempat kita. Menggerakkan kembali jiwa-jiwa untuk menanam subur islam dalam seluruh aspek hidup.

Teringat kata-kata ukhti yang menyampaikan dari seorang ustaz yang pulang dari misi ke Gaza tak lama dulu. Kata-kata seorang pejuang Palestine. Lebih kurang begini bunyinya:

"Kami boleh sahaja untuk keluar dan menyerang Zionis Isreal habis-habisan dan menang. Namun, kami tak dapat melakukannya lagi kerana kamu-kamu yang di luar sana masih tidak bersedia dengan kemenangan ini"

Lantas, apa yang harus kita lakukan?

ada beberapa.

1) Boikot ~ini sangat susah sebenarnya kerana memerlukan mujahadah yang tinggi, semangat yang jitu dan usaha utk berpaling dari benda yang nak diboikot tu. maybe kena berdikit-dikit aka buat sikit-sikit. saya pun masih berusaha tapi untuk McD, alhamdulillah pandang sebelah mata je McD yang besar tepi jalan on the way nak pegi hospital GuVeDe tu :)

2) Doa ~cuba istiqamah satu ayat doa untuk kemenangan atau kekuatan orang-orang Gaza. nak doa supaya orang makin sedar tentang jenayah yang Israel lakukan terhadap kakak abang kita kat Palestine pun xpe. Jom sama-sama buat.

3) Menguatkan Islam dalam diri masing-masing.

4) Fahami dan sebarkan isu Palestine.

Hari Nakba akan menjelang esok. Kita hayati apa yang terjadi supaya kita semakin bersemangat untuk meletak pasak islam dalam jiwa kita. Malu kerana perjuangan kita x sebesar mereka tapi kita mengimpi syurga yang sama seperti mereka. Ini yang kita mampu. Ini yang kita laku. InsyaAllah.


ringkasan tentang nakba
Dan nyalaan semangat kami ini ya Jabbar, moganya bukan satakat ini sahaja.

bersama bendera Palestine + kain rentang yang ditandatangani semua [sila abaikan rupa dewan yang tidak seberapa ini. ini aja yang ada :) ]
Ya, katakan TIDAK pada kekejaman Zionis Israel atas saudara-saudara kita di Palestine!

No comments:

Post a Comment