bismillahirrahmanirrahim...
masa kecil-kecil dulu, kalau keluar jalan-jalan kat taman atau pasar minggu atau pasar malam atau mana-mana tempat keramaian, mesti akan terkinja-kinja nak beli gula-gula kapas yang gebu, pink dan lembut dicubit dan manis rasanya tu..terliur-liur sampai meleleh nak makan walaupun baru je makan 2 3 hari yang lepas...ahh, nikmatnya makan gula-gula kapas masa tu
hah, kalo dah dapat tu, makan x ingat dunia! [kredit] |
bila dah besar sikit, ada la minat lain yang timbul. heh, rasa segan pulak nk cakap minat apa, sebab minat ni orang selalu kaitkan dengan budak-budak nerd pakai spek. hallo, memang ke pakai cermin mata ke? a'ah, ye, tepat sekali. MINAT BACA BUKU. tidak sia-sia usaha umi yang mengajar membaca, dapat banyak ilmu dah anak umi ni. terima kasih umi, memang tidak akan dapat kubalas jasamu itu.
anyway, berbalik kepada minat tu, banyak benda yang membentuk siapa saya pada hari ini, psychologically and physically of coz. contoh yang paling mudah, secara psikonye, sehingga hari ini, saya masih akan teruja tidak ingat dunia kalau dapat berkunjung ke kedai buku, tidak kira la kedai buku malaysia atau rusia sekalipun. belek punya belek buku, last-last, tidak beli pun. library jugak tempat yang best dan menjamin tabungan :P
physically?ah, malas nak cerita. apa pun, saya nak juga menegaskan kat sini bahawa sebenarnya, kita semua ada minat dan impian masing-masing. ada angan-angan yang kesampaian dan yang tidak kesampaian sampai sekarang. ada cita-cita akan sesuatu yang munasabah dan kelihatan tidak logik sama sekali [tiba-tiba teringat impian nak ada sayap dan terbang macam burung heh]
dan, impian-impian itu, cita-cita itu, angan-angan itu, semuanya ibarat gula-gula kapas a.k.a cotton candy kita yang tidak akan hilang walaupun umur kita setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari semakin meningkat angkanya. jadinya, kalau hendak disenaraikan apakah cotton candies kita rasanya akan terbanglah waktu kita yang sangat berharga ini. so, think for yourselves only, no need to jot down. believe me, you will get whatever your heart ever desires, once you step in Jannah! everything. i mean it! subhanallah! i want to get in there! i want to live in Jannah! ~astaghfirullah, let me in ya Allah...[terkenang dosa dan tanggungjawab yang tidak tertunai lagi, layakkah aku? T_T]
ok, stop emoing. back to our topic for today. ada suatu masa yang tenang, atas jalan raya yang tidak berapa nak lancar, abahku berkata, "sebenarnya, ganjaran-ganjaran yang Allah janjikan untuk hambaNya kalau buat ibadah begitu dan begini, pada waktu sekian-sekian tu, hanyalah sebagai umpan supaya manusia itu beribadah padaNya. macam nak memotivasikan hambaNya saja. boleh je kalau Allah nak suruh manusia ni menyembah Dia tanpa ada ganjaran syurga atau pahala. tapi Allah ni sungguhlah pencipta manusia. dia tahu manusia ni macamana. sentiasa perlukan sebab musabab dan motivasi. jadi Allah sediakan syurga dan pahala tu. Kalau orang tu dah tinggi iman dia, bila dia beribadah, hati dia hanya inginkan Allah je, nak jumpa Allah yang dah cipta dia dari tiada kepada ada." [tak tahulah ada ke orang nak faham ayat ni. yang penting, kalo tak faham tanya, jangan menyalahkan ayat ini huhu]
senang cerita, ganjaran-ganjaran pahala tu macam cotton candy je, supaya kita ni terliur nak dapat ganjaran dari Allah, lantas kita pun usaha sungguh-sungguh untuk dapatkannya.
apa pointnya kat sini? pointnya ialah, sempena ulang tahun saya yang baru je berlalu, dapat la 2 3 buah buku sementelah sahabiyah saya semuanya tahu bahawa saya suka baca buku. tidak tahulah mana diorang dapat tahu. padahal baca buku ciput-ciput je. ok, saya dapat satu buku cerita yang bertajuk Rabia'tul Adawiyah. ok, tak perlu gelak. saya sangat bersyukur sebab dapat berkenalan dengan Rabiah ni. selama ni asyik dengar nasyid pasal dia je. tapi tak pernah tahupun apa kisah hidup dia yang sebenarnya. dan buku itu sy khatam setelah 2 3 hari jugalah mendapatnya. :P
apa yang saya dapat dari buku itu?
subhanallah, rasa terbuai-buai hati tatkala membaca sebuah manifestasi cinta seorang hamba kepada Allah. rasa cemburu amat pada Rabiah yang Allah kurniakan padanya sebuah rasa cinta yang begitu besar sekali pada Allah. ya Allah, kalau pun dapat rasa cinta yang sebegitu, 1/4 pun dah kira bersyukur. dan tentunya, Rabiah yang merupakan wali Allah ni, tidak beribadah kerana adanya syurga atau neraka, pahala atau dosa. Rabiah beribadah kerana sentiasa merindui Allah, sebagai luahan rasa cintanya pada Allah sehingga tiada pemuda yang dapat merampas cinta Rabiah kepada Allah.
cinta yang berteraburan eh, bertebaran :)) [kredit] |
hmm..kita setiap hari sibuk untuk mencari cinta. the right one lah katakan. tapi kita lupa sudah cinta benarkah hati kita pada Allah yang setiap hari menunjukkan cintaNya pada kita?
sudah melimpah ruah kah rindu kita pada Allah hingga kita dapat merindu yang lain?
Cintailah Allah dan manifestasikan Cinta itu
setelah itu, baru dicari cinta-cinta yang lain :)
p/s: 8 days to Nakba Day. sudah cintakan kita pada saudara kita di Palestine?
nadiah, 4 days to dermatology exam. sudah cintakah anda pada semua penyakit kulit?dush...
Salam nadiah..
ReplyDelete1) I miss your b'day...minta maaf sangat2..x sngaja...i'Allah klu ada rezeki kita jmp,sy hdiahkan awk buku jg...
2) pasal ganjaran & gula2 kapas tu,alhamdullilah saya dapat faham..:)
3)sy pun pernah bc kisah rabia'atul ni..memang rasa cinta pada Ilahi sangat kerdil berbanding serikandi ni
4)sy suka bc buku jg..
5)good luck in exam..minggu dpn sy marathon test..berderet2 test..doakan sy jg
6) bleh x buat pop up coment kt blog awk mcm kt blog sy,sng ckit nk komen tnp reloading..hehe
7) pnjg bebenor komen sy ni..ngeh#
wsalam wrt...
ReplyDelete(kna jawab ikut nombor jugak ke hehhe)
1)xpe.mmg sengaja malas nak uar2kan..rasa cam tua plak hehe xpayah kasi hadiah la.jupe pun dh kira hadiah.
2)serius phm?hehe ade jgk org pahm alhamdulillah :)))
3)sy baru knal ngn rabiah ni..dah tua baru nak knal.seb baik dapat jgk kesempatan nk knal dia :) betol2, rasa kecik je kita ni huhu
4) i know hehe
5)mekasih..semoga dipermudahkan urusan awk jah :)
6)ok, sy dh letak dh pop up comment tu..hehe budak2 baru blaja la katakan.lama baru nak reti :)
7)x sepanjang karangan hok anta kat cikgu afdil lagi hehe
saya pun kalau boleh nak baca buku manyak - manyak ..biar byk ilmu di dada..esok2 bimbang knowledge anak murid lebih power dari cikgunya... hewhewhew..anyway...entry nie sgt bermotivasi..sy suka sy suka.. =)
ReplyDelete