[credit] |
" (Say: "He is Allah, One. Allah He begets not, nor was He begotten. And there is non comparable to Him.'') "
Pabila ditanya "siapa yang patut aku sembah? tuhan itu bagaimana? tuhan itu siapa?", aku berharap, aku akan dapat meyakinkan yang bertanya siapa tuhan, siapa yang layak disembah, dengan mengguna ayat-ayat dari Tuhan Yang Selayaknya Disembah itu sendiri, iaitu ayat-ayat dari surah Ikhlas.
Pabila kumelihat ada yang masih tidak menyembah Yang Selayaknya Disembah, aku mahu meyakinkan mereka bahawa itu, itu tuhan yang selayaknya kau sembah, guna ayat di atas. Kerana aku sedih pabila melihat mereka masih tidak menyembah tuhan yang selayaknya disembah yakni Allah.
Sememangnya, hidup di bumi Komunis ini telah melempar aku dalam masyarakat yang sejahtera iman, aqidahnya, bumi yang kukira paling subur untuk mendidik jiwaku. Bumi ini juga menyaksikan betapa dekatnya pergaulanku dengan non-muslim. Ya, mereka selalu bersamaku, di kelas, di lecture, di hostel, di atas bas, di hostel, di dapur memasak bersama. Sering juga makan-makan bersama di taman-taman permai, di kedai sushi, di caihana, di dalam kelas pun makan bersama juga..
Aku mahu biar mereka memahami, siapa TUHAN. Aku mahu kongsikan rasa kehambaan ini. Aku mahu selamatkan mereka dari azabnya api neraka, sepertimana Rasulullah saw berkata "ayyuhannas, ankizu anfusakum minannar! [manusia, selamatkan diri kalian dari azab api neraka!]
O' Allah, Engkau telah menghadapkan aku dengan keadaan ini. Jangan biarkan aku lari. Berikanlah aku kekuatan dan semua keperluan untuk aku hadapinya. Dengan namaMu, aku memohon langkahku dipandu. aminnnn.
No comments:
Post a Comment