bagaimana?
rasa impossible ke bila saya ajak bina rumah kat syurga?
hah, jangan terkejut..jangan ragu2...
saya ade berita yang saaaaaangat best ni.
ok, before proceed, saya percaya n memang yakin 100%, smua org ade impian nk ade rumah sendiri betol x?
as for me, sy nk rumah banglo, yang luas seluas mata memandang.
boleh lari2 suka ati tanpa ade halangan.
yang boleh muat ramai org.
yang lapang.ok, yang lapang.
sgtlah tidak suka rumah apartment or pangsa or rumah sarang burung yg byk2 tingkat tu.
dalam dok mengayam impian nk ade rumah sendiri ni, ade la terpikir jgk..cemana nk buat rumah ni..tanah makin lama makin mahal, makin kurang sbb manusia dah makin ramai. erm...sedih2, dunia skang dah makin sesak. oh, sy anti kesesakan!
apepun, satu hari, akak sy yg comel telah bagi sy pinjam buku "Ibadah Sepenuh Hati" tulisan amru khalid. ok, buku ini serius best!serius pakcik penulis tu macam bercakap ngn kita. buat kita rasa kita sangat la rugi kalo xbuat ibadah sesungguh hati. ok jap ni ade sharing sr sorg sister ni.
hassan al basri ketika di tanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itu aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuan denagn Allah."
ok,itu apa yang hassan albasri cakap pasal diri dia. actually, tertarik dengan ayat dia ttg amal perbuatan tu. berbalik pasal buku tadi..silalah sambut seruan pengetahuan anda ttg kewujudan buku ini dan dengan pantas, bilamana ade kesempatan, belilah buku ini, duduklah mana2 tempat yg anda rasa anda boleh khusyuk nk jiwang2 dengan buku ni. dan rasailah, hayatilah apa yang pakcik amru cuba katakan. let him speaks to your heart. maknanya, buka hati luas2 masa baca buku tu..
berbalik pada kisah rumah td.nak bina rumah kat syurga x sebelum kita masuk syurga?(cam ia2 je dapat masuk kan?insyaAllah, minta pada Allah selalu, diiringi dengan usaha kita nk baiki diri dan jadi lebih baik dari hari ke hari, insyaAllah boleh. yakin Allah akan bantu kita jadi lebih baik. jangan harap pada Allah je, kena usaha jugak, ok.)
mesti lah nak kan.kita dari kecik lagi dah diajar utk suka kat syurga, benci kat neraka. so, ni ade peluang utk kita melabur utk syurga kita tu.
ish, lambat betul kan, cakap je la ape cara!ok2.
caranya ialah:
jeng..jeng
SOLAT RAWATIB!!
aha, mesti rasa xsangka kan?
ni, nabi sendiri yang bagitau.
sabda Rasulullah saw.
"barangsiapa yang melakukan solat (sunat rawatib) sebanyak 12 (rakaat) dalam sehari semalam, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga: 4 rakaat sebelum Zuhur dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat sesudah Isya' dan 2 rakaat sebelum Subuh," (HR. At-Turmudzi, An-Nasa'i, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad)
silent moment jap....
erm, yang ni bagi saya ibarat janji yang dinukilkan oleh Rasulullah, dari Allah. macam janji yang kalo kita selawat byk2, insyaAllah akan dapat syafaat Rasulullah masa hari ngeri, hari kekalutan yakni hari kiamat.
sure, nak buat 12 rakaat tu sgtlah susah. xde org kata senang. nak cari masa before zohor tu, as a student, mmg hujung minggu je ler ade masa camtu. ynag tu kalo rajin..tapi kat sini, ade motivasi yang sangat tinggi, hebat dr Rasulullah...akan dibina sebuah rumah di syurga. dan semua bnde kat syurga kita tau, bukanlah macam kat dunia. limited to time n space n money...rumah kat syurga ni, boleh dalam macam2 rupa yg kita nak, dalam macam2 warna yang kita suka, luas mana, bilik byk mana, hiasan ape, karpet cemana, lampu cemana, selesa tahap mana..oohhhhhh, ya Allah, harapan apa yang Engkau cuba bagi pada hamba2Mu ni?
*imagine sendiri la nak rumah cemana*
apa kesimpulan yang kita dapat ni?
benda susah, tapi kalo kita latih2, cuba lagi dan lagi dan lagi, xmustahil akan dapat buat.
hanya pada Allah tempat kita minta kekuatan, ketergiuran akan offer yang hebat ni.
Allah, bantu kami yang nak rumah kat syurga ni...bagi kami kesempatan waktu dan tenaga..
bantu kami mujahadah dengan diri kami ni...
sekian la sharing ttg offer yang best ni.
tulis sbb nak bagi motivasi kat diri sendiri dan moga2 termotivate org lain jugak.^___^
selamat beramal.
man jadda wa jadda~